Khamis, 28 Julai 2011

TV @ KedAi @ SkRin BeSaR @ StAdiUm


Malam ni majoriti rakyat Malaysia akan menyaksikan perlawanan bola sepak Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di stadium mahupun di kaca tv. Selepas tewas di Stadium Jalan Besar, Singapura 5-3, pasukan Malaysia wajib menang dengan kelebihan 2 gol. Ini bermakna pasukan Malaysia mempunyai tugas getir untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

View Image

Malam ni TV1, Astro Arena (801), Astro Sport 3 (817) dan Astro Sport 3 HD (831) akan menyiarkan perlawanan Malaysia - Singapura. Ini menunjukkan rakyat Malaysia kini sudah mengalih pandangan untuk berbicara mengenai bola sepak. Peningkatan prestasi sejak akhir-akhir ini membuatkan para penyokong mula membanjiri stadium di mana sebanyak 85,000 tiket perlawanan telah habis dijual selama 2 hari sahaja kaunter dibuka. Jangan lupa saksikan perlawanan ini di mana saja anda berada. Mahupun di stadium, skrin besar atau di televisyen sekali pun marilah sama-sama kita sokong skuad Harimau Malaya ini.

Prediction : Malaysia 3 vs 0 Singapura
(Agg 6-5)

Ahad, 17 Julai 2011

Liverpool Buktikan Kepincangan Pertahanan Malaysia


Liverpool membuktikan kehebatannya selaku gergasi EPL dengan membelasah skuad harimau Malaya 6-3. Beraksi tanpa Steven Gerard dan Luis Suarez, The Reds memulakan kempen pra-musim mereka dengan kemenangan kedua berturut-turut walaupun mendapat tentangan sengit skuad Malaysia pada satu ketika. Liverpool bermula hambar walaupun menguasai permainan, namun memperoleh penalti pada minit ke-25 selepas Andy Carroll dijatuhkan oleh Mohd Asraruddin Putra. Pemain baru liverpool, Charlie Adam mudah menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee. Skuad Harimau Malaya yang diketuai oleh Mohd Safiq Rahim tidak berputus asa mencari gol penyamaan sehingga memperoleh sepakan percuma minit ke-42 seterusnya berjaya menghasilkan gol menarik untuk mengakhiri babak pertaman dengan terikat 1-1.


Pertukaran beberapa pemain Malaysia pada babak kedua termasuk penjaga gol yang menggantikan Khairul Fahmi Che Mat tampak seperti membuahkan hasil apabila Malaysia sering melancarkan serangan kilat di kedua-dua belah sayap namun kekentalan pertahanan The Reds mengecewakan ribuan penonton Malaysia.  Kelekaan pertahanan Malaysia mengundang padah apabila membiarkan pintu gol Malaysia dibolosi 2 gol dalam tempoh hanya 2 minit menerusi jaringan David Ngog. Maxi Rodriguez yang tidak dipilih untuk membawa cabaran Argentina di Copa America menyumbat gol keempat Liverpool apabila mendapat hantaran lintang Emiliano Insua menewaskan Khairul Fahmi. Tuan rumah tidak berputus asa apabila bangkit menjaringkan 2 gol pada minit ke-79 dan min-81 menerusi penyerang sensari, Mohd Safee Sali. 


Pemain Malaysia terus membuat serangan dari bahagian sayap melalui Mohd Amirulhadi sehingga terhasil beberapa peluang untuk menjaringkan gol oleh Mohd Safee Sali dan Mohd Asyaari, namun ketangkasan penjaga gol gantian Liverpool berjaya menggagalkan percubaan mereka. Ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan jaringan 4-3, Liverpool berjaya menambah gol menerusi Maxi Rodriguez sekali lagi pada minit ke-90 sebelum penyerang Belanda, Dirt Kuyt menambah gol keenam dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol Malaysia untuk mengakhiri perlawanan dengan 6-3.


p/s : Skuad Harimau Malaya perlu memperbaiki kelonggaran barisan pertahanan yang dilihat tidak dapat menyerap tekanan apabila diasak. Begitu juga dengan hantaran yang tidak begitu tepat seolah-olah menyepak bola tanpa arah tujuan. Ada juga beberapa pemain yang diihat tidak mampu menggalas misi penting negara untuk bertemu Singapura kelak. Diharap Datuk K.Rajagopal bersiap sedia untuk menghasilkan pemain berkelas dunia untuk perlawanan penting pada 23 Julai ini.


Sabtu, 16 Julai 2011

Nisfu Syaaban Malam Keberkatan


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Khamis, 14 Julai 2011

riNdu kEnangAn LaLu....

Ahh..rindu rasanya bila teringat masa keja dekat SPR 4 tahun lalu. Macam-macam kenangan aku xboleh lupakan. Jumpa kengkawan yang masing-masing happening, gila-gila dan macam-macam lagi. Tu lah time yang aku rasa paling syahdu dalam idup aku. Kak Ti yang mood dia turun nek ssh nk baca akai dia, Raihan lak suka pending benda2 tertentu, sama gak cm Salwani, Yon lak memang gila-gila punya perangai, suka wat org gelak terguling-guling, Arip plak memang the machoman la, asyik kontrol macho ja, tp dia nie suka layan lagu jiwang2, Zack mamat poyo paling poyo penah aku knai, Pait mmg baguih la...anak buah kesayangan nie wa ckp lu...Xmungkin aku dapat lagi kawan-kawan macam tu pada masa akan datang. Aku rindukan riuh rendah diorang, gelak tawa, dan sarapan sama2 dekat kedai taiping (roti canai dgn teh ais..hehehe). Perghh... pahtu pi makan tengah ari ramai2 dekat foodcourt lak...siap 1 meja bulat lagi... Hujung minggu plak pi main badminton sama-sama. Macam-macam aktiviti dok buat nak bagi hubungan tu tetap mesra. Yang aku xtahan tu siap wat video lakonan org mengundi plak dalam stor...mmg lawak tahap cipan laaa...tapi sayang video tu hilang dalam simpanan..kalau tidak, memang aku akan pos kt blog nie..tapi apakan daya.. Tiap2 tahun bukak posa sekali. Tahun nie turn sapa plak open table xtau laa...hahahahaha..dari Hotel Regency, Kenny Rogers, Restoran Alia, tahun nie dekat mana la plak destinasi nak bukak posa xtau la...

Tapi sekarang masing-masing dah bawa haluan sendiri. Masing-masing dah keja. Rezeki kengkawan kita xboleh halang, tapi kenangan tu tetap aku ingat sampai mati. So aku harap, kerja la rajin2..Satu hari kita akan jumpa lagi dan wat gila macam dulu2... so sukses selalu ye kawan2...Aku doakan korang berjaya hendaknya.. Kahwin esok jangan lupa gtau. adioossssss..



Rabu, 13 Julai 2011

Malaysia vs Arsenal




Malam ini skuad Harimau Malaya akan berjuang berhabis-habisan bagi menjaga maruah negara apabila turun menentang gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal. Skuad Gunners yang turun tanpa tonggak tengah kontroversi untuk kembali ke Barcelona, Cesc Fabregas menegaskan akan bermain seperti biasa menunjukkan betapa seriusnya pasukan itu dalam perlawanan persahabatan ini. Diharap skuad Harimau Malaya akan bermain sepenuh jiwa dan raga bagi membuktikan kebangkitan skuad negara dalam arena bola sepak kini.


Barisan kemungkinan Malaysia : 
Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Fadzli Sas, Aidil, Asrarudin Putra, Amirul Hadi, Shafiq, Amar Rohidan, S.Kunalan, Abdul Hadi, Norshahrul Idlan