Khamis, 28 Julai 2011

TV @ KedAi @ SkRin BeSaR @ StAdiUm


Malam ni majoriti rakyat Malaysia akan menyaksikan perlawanan bola sepak Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di stadium mahupun di kaca tv. Selepas tewas di Stadium Jalan Besar, Singapura 5-3, pasukan Malaysia wajib menang dengan kelebihan 2 gol. Ini bermakna pasukan Malaysia mempunyai tugas getir untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

View Image

Malam ni TV1, Astro Arena (801), Astro Sport 3 (817) dan Astro Sport 3 HD (831) akan menyiarkan perlawanan Malaysia - Singapura. Ini menunjukkan rakyat Malaysia kini sudah mengalih pandangan untuk berbicara mengenai bola sepak. Peningkatan prestasi sejak akhir-akhir ini membuatkan para penyokong mula membanjiri stadium di mana sebanyak 85,000 tiket perlawanan telah habis dijual selama 2 hari sahaja kaunter dibuka. Jangan lupa saksikan perlawanan ini di mana saja anda berada. Mahupun di stadium, skrin besar atau di televisyen sekali pun marilah sama-sama kita sokong skuad Harimau Malaya ini.

Prediction : Malaysia 3 vs 0 Singapura
(Agg 6-5)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan